Tuesday, July 27, 2010

Pandangan Saya Tentang Penggunaan Bahasa Melayu "Rojak"

Saya rasa Bahasa Melayu 'rojak' itu tidak baik. Ia boleh membuat kita lupa kata-kata Melayu jika kita selalu mencampur adukkannya dengan Bahasa Inggeris. Pada pendapat saya, kita haruslah memakai perkataan yang betul apabila kita bertutur dalam Bahasa Melayu kerana selalunya, jika kita bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul, ia akan menolong kita dalam peperiksaan lisan kita. Jika kita sudah terbiasa, kita haruslah membiasakan diri untuk bercakap dalam Bahasa Melayu yang betul dan sama juga dengan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selalunya, pada zaman sekarang, murid-murid tidak tahu apa makna sesuatu perkataan Inggeris dalam Bahasa Melayu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home