Thursday, July 29, 2010

Adakah Guru-guru Bahasa Melayu Di Sekolah Saya Mengajar Dengan Kreatif?

Tentu! Guru saya membenarkan kami untuk memilih anggota kumpulan kami sendiri. Dengan cara itu, kami boleh belajar dengan senang dengan rakan-rakan baik kami. Guru-guru lain pula mengadakan sesi mendongeng. Selepas sesi itu, kita harus menulis di blog masing-masing tentang apa yang kita telah pelajari. Guru-guru di sekolah saya senantiasa mencari idea kreatif yang baru untuk membuat pengajaran mereka lebih menarik.

Adakah Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Terdapat Di Pasaran Kurang Menarik Dan Tidak Mencukupi?

Pada pendapat saya, jika kita tidak suka sesuatu, kita tidak akan tertarik kepada sesuatu tentangnya sama sekali. Begitu juga dengan bahan pembelajaran Bahasa Melayu. Jika kita tertarik dengan sebuah bahan pembelajaran Bahasa Melayu, itu bermakna bahawa kita menyukai Bahasa Melayu. Kanak-kanak zaman sekarang tidak terlalu suka dengan Bahasa Melayu. Kalau begini selalu, bagaimana bahan pembelajaran Bahasa Melayu tidak mencukupi? Saran saya adalah untuk menyelitkan permainan-permainan dalam bahan pembelajaran Bahasa Melayu supaya kanak-kanak seperti saya akan menjadi lebih tertarik. Sedikit demi sedikit, mereka akan memperhatikan bahan pembelajaran Bahasa Melayu itu.

Wednesday, July 28, 2010

Adakah Rancangan Melayu Lebih Sesuai Untuk Hiburan Sahaja?

Tidak. Saya rasa ia sesuai untuk semua seperti rancangan yang dalam bahasa-bahasa yang lain. Masalahnya sekarang, kanak-kanak asyik melihat rancangan-rancangan Bahasa Inggeris pada masa lapang. Pelawak-pelawak Melayu yang terkenal seperti Suhaimi Yusof dan Era Farida boleh menarik perhatian kanak-kanak Melayu zaman sekarang untuk menontong rancangan-rancangan Melayu.

Kanak-kanak zaman ini kurang fasih berbahasa Melayu. Pandangan saya?

Saya rasa ini betul. Kanak-kanak zaman sekarang mungkin sudah terbiasa dengan bahasa nombor satu di dunia ini iaitu Bahasa Inggeris. Bagaimana kanak-kanak tidak terbiasa dengan Bahasa Inggeris?Benda-benda yang digunakan sehari-hari seperti internet, telefon bimbit dan komputer semua dalam Bahasa Inggeris. Di sekolah, kanak-kanak harus bertutur dalam Bahasa Inggeris selalu kecuali pada tempoh Bahasa Melayu. Mungkin, jika ada satu hari di sekolah pada setiap minggu murid-murid harus bertutur dalam bahasa ibunda mereka masing-masing, mereka akan menjadi lebih fasih berbahasa Melayu.

Apakah Kecemerlagan Dalam Bahasa Melayu Tidak Menjanjikan Perkerjaan Impian?

Saya rasa ini betul pada zaman sekarang. Kini, banyak pekerjaan tidak memerlukan orang yang cemerlang dalam Bahasa Melayu. Malahan, untuk bekerja, kita harus tahu bercakap dalam Bahasa Inggeris. Untuk orang-orang yang ingin menjadi guru Bahasa Melayu, tentulah kecemerlangan dalam Bahasa Melayu boleh menjanjikan pekerjaan impian mereka-dalam kes ini unutk menjadi guru Bahasa Melayu. Dalam negera yang mempunyai ramai orang Melayu, mungkin ini akan menjanjikan pekerjaan impian mereka juga. Yang saya tahu, dalam negeri kita ini, ia tidak menjanjikan pekerjaan impian saya- untuk menulis buku yang berbahasa Inggeris.

Adakah Buku Bahasa Melayu Menarik?

Pada pendapat saya, sebahagian buku Bahasa Melayu kurang menarik. Ia kurang menarik bukan kerana isinya, tetapi kerana perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang lebih panjang daripada perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Isi buku-buku yang berbahasa Melayu sama menarik dengan isi buku-buku yang berbahasa Inggeris. Saya biasanya membaca cerita dongeng Melayu. Saya rasa cerita dongeng Melayu sangat menarik kerana saya boleh tahu bagaimana orang pada zaman dahulu tinggal. Kita haruslah membaca buku-buku Bahasa Inggeris seimbang dengan buku-buku Bahasa Melayu.

Tuesday, July 27, 2010

Bagaimana Saya Menanam Sifat Suka Bahasa Melayu

Saya mengaku, dulu saya tidak suka membaca buku Bahasa Melayu. Saya lebih suka membaca buku Bahsasa Inggeris. Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris lebih singkat daripada perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Saya rasa jika saya bermain permainan Bahasa Melayu seperti permainan "Sahibba" lebih, saya akan suka Bahasa Melayu. Untuk kanak-kanak seperti saya, mungkin dengan bermain permainan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, kita boleh lebih suka dengan Bahasa Melayu. Tentu saja, pada waktu saya kecil, kebanyakkan buku yang saya baca adalah tentang "Sang Kancil" dan dongeng-dongeng Melayu. Mereka menarik. Dengan cara ini, lama-kelamaan, saya suka Bahasa Melayu. Saya percaya jika saya suka Bahasa Melayu, saya akan belajar Bahasa Melayu dengan lebih senang.