Wednesday, July 28, 2010

Kanak-kanak zaman ini kurang fasih berbahasa Melayu. Pandangan saya?

Saya rasa ini betul. Kanak-kanak zaman sekarang mungkin sudah terbiasa dengan bahasa nombor satu di dunia ini iaitu Bahasa Inggeris. Bagaimana kanak-kanak tidak terbiasa dengan Bahasa Inggeris?Benda-benda yang digunakan sehari-hari seperti internet, telefon bimbit dan komputer semua dalam Bahasa Inggeris. Di sekolah, kanak-kanak harus bertutur dalam Bahasa Inggeris selalu kecuali pada tempoh Bahasa Melayu. Mungkin, jika ada satu hari di sekolah pada setiap minggu murid-murid harus bertutur dalam bahasa ibunda mereka masing-masing, mereka akan menjadi lebih fasih berbahasa Melayu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home