Thursday, July 29, 2010

Adakah Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Terdapat Di Pasaran Kurang Menarik Dan Tidak Mencukupi?

Pada pendapat saya, jika kita tidak suka sesuatu, kita tidak akan tertarik kepada sesuatu tentangnya sama sekali. Begitu juga dengan bahan pembelajaran Bahasa Melayu. Jika kita tertarik dengan sebuah bahan pembelajaran Bahasa Melayu, itu bermakna bahawa kita menyukai Bahasa Melayu. Kanak-kanak zaman sekarang tidak terlalu suka dengan Bahasa Melayu. Kalau begini selalu, bagaimana bahan pembelajaran Bahasa Melayu tidak mencukupi? Saran saya adalah untuk menyelitkan permainan-permainan dalam bahan pembelajaran Bahasa Melayu supaya kanak-kanak seperti saya akan menjadi lebih tertarik. Sedikit demi sedikit, mereka akan memperhatikan bahan pembelajaran Bahasa Melayu itu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home